Mengenai MPBPP

Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang telah diaktifkan semula bermula Januari 2023 dengan bekas Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Khalid Ramli dilantik sebagai pengerusi baharu. Objektif utama MPBPP adalah untuk terus memperkasa sosioekonomi dan modal insan Bumiputera MADANI di Pulau Pinang.

Pada 9 September 1975, Majlis Tindakan Negara telah melantik satu pasukan petugas untuk mengkaji dan memperakukan mengenai kedudukan masalah sosioekonomi Bumiputera Pulau Pinang. Ekoran daripada itu, pada 23 Jun 1977 YAB Perdana Menteri dengan persetujuan Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Pemandu (JKP) bagi Pulau Pinang. Serentak dengan penubuhan JKP, Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (BPPBPP) ditubuhkan bagi menjalankan kerja-kerja urus setia kepada JKP.

Pada 31 Januari 2009, selaras dengan perkembangan yang berlaku di Pulau Pinang, peranan dan tanggungjawab ini diperluas dan dipertingkatkan lagi dengan menjenamakan semula JKP kepada Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP).

Objektif utama penubuhan JKP ialah untuk mengimbangkan kedudukan sosioekonomi penduduk Bumiputera Pulau Pinang dan meningkat serta memajukan penyertaan Bumiputera dalam semua bidang/kegiatan sosioekonomi sesuai dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Berikut adalah peranan dan tanggungjawab MPBPP :